KERJA SAMBILAN-TIPS #1
KESILAPAN ‘MIND SET’ (cara berfikir) ANDA
Anda ingin pendapatan tambahan
Ramai yang ingin pendapatan tambahan
Jutawan sendiri pun setiap hari memikirkan jalan untuk menambahkan pendapatan atau kekayaan
Jangan baca jika anda tidak memerlukan pendapatan tambahan
Antara tempat yang boleh anda cari pendapatan tambahan ialah di INTERNET
Tetapi……..
Ramai yang gagal
Ramai yang rasa ditipu
Ramai juga yang berjaya
Ramai juga yang tidak ditipu
Kenapa ada yang gagal
Kenapa ada yang ditipu
Siapa yang menipu
Mengapa wujud penipuan
Mengapa masih ada lagi yang tertipu walaupun ramai yang telah ditipu
ANDA
Anda sebenarnya yang memilih
Anda yang mengizinkan diri anda ditipu oleh si penipu
Anda membiarkan diri anda memilih program-program ‘scam’ di internet
Anda membiarkan diri anda masuk perangkap mereka tanpa usul periksa
Penganjur-penganjur program ‘scam’ ini sangat bijak, mereka tahu di mana kesilapan MIND SET anda
Mari kita mulakan analisa.
Anda mahu cari duit di internet
Anda betul-betul kenal ke Internet ini?
Anda sudah pakar ke dengan bisnes internet?
Anda sudah mengkaji atau mempelajari ‘permainan’ internet ini?
Jika anda hanya tahu IRC (chit chat), Myspace, Email, Forum, Torrent, Surfing Web-web yang anda minat….
Ini bermakna anda hanya tahu 40%-50% sahaja mengenai internet.
Anda nak cari duit di internet
Tapi anda sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai IM (Internet Marketing)
Anda baca iklan ‘berapi2’, anda join
Wang terbang, masa terbuang anda tak dapat apa-apa.
Penganjur tersengih, esok lusa buka website baru.
Sebenarnya, penganjur-penganjur program ‘scam’ ni bijak…bijak bistari
Mereka tahu di mana kelemahan anda
Mereka tahu anda sebenarnya ‘terlalu kurang’ pengetahuan di dalam bisnes internet
Mereka sediakan ‘sales letter’ yang berapi2…sehingga anda tidak boleh tidur malam. Ayat power2, goyang kaki tengok Astro wang melimpah2
Anda dah di khayalkan dengan janji2 indah
Seorang rakan lama sekolah pernah telefon saya malam2. ‘Lisa…next month I nak berenti kerja tau’ kata beliau.
Saya tanya balik ‘kau dapat kerja baru ke?’
‘aku join program best la kat internet bayar RM100 aje lepas 30 hari dapat RM30,000 tau…kau tak nak join ke?’ kata beliau
Saya jawab ‘ish…ye ke…aku tak percaya lah…..’ belum sempat saya habis cakap beliau dah potong
‘Ah…kau ni semua tak percaya, negatif sangat lah kau ni….lantak lah janji aku kaya nanti’
Tup…beliau dah letak telefon
Lepas 2 bulan, beliau telefon saya lagi
‘Lisa…kau ada join program yang aku cakap hari tu tak?’ Tanya beliau
‘Tak’ jawab saya
‘Dah 2 bulan ni…1 sen pun aku tak dapat…buat dek aje…tu la kau…mulut kau masin sangat la…tak pasal2 aku rugi RM100…buang masa betul la’ kata beliau lagi
Laaaa…saya juga yang salah
Sebenarnya siapa yang bersalah?
Mulut saya yang dikatakan masin ini atau sikap terburu2 kawan saya itu?
Inilah faktor2 yang amat disukai oleh penganjur2 program ‘scam’
Mereka tahu kelemahan kita
Asal sebut aje RM ribu-ribu dengan modal kecil masing2 dah tak tentu arah
Di tambah dengan penyata bank palsu yg menunjukkan 5-6 angka bertambah terbeliak lagi mata kita.
Padahal ada penyata bank yang senget menget. Maybank mesti pening tengok penyata tu…bila masa pula system aku down sampai penyata jadi senget menget
Inilah kesilapan MIND SET anda
Di fikiran anda cuma ada 1 perkara saja iaitu, CEPAT KAYA!! CEPAT KAYA!! CEPAT KAYA!!
Tapi bila orang kata anda gila nak cepat kaya, anda pasti tak mengaku bukan….?
Walaupun hakikatnya…betul…itu sebab anda suka buat benda ni senyap2 di internet…kononnya tak mahu kecoh2….
Ini yang penganjur2 ‘scam’ suka
Jadi kesilapan anda di sini ialah MIND SET anda…cara anda berfikir
Sebenarnya bukan mudah jika anda nak cari duit di internet.
Anda fikir senang ke orang nak keluarkan duit beri pada anda?
Ilmu bisnes internet anda 0, bagaimana orang nak beri anda duit?
Anda nak duit dari orang tapi ilmu cari duit anda tak tahu….
Anda kenal apa itu PPC?
Anda kenal apa itu CTR?
Anda kenal apa itu SEO?
Anda kenal apa itu Autoresponder?
Anda kenal apa itu keywords?
Anda kenal apa itu backlinks?
Apa itu PR?
Anda boleh bina website atau blog?
Anda kenal PHP, ASP, Wordpress?
Adakah anda kenali semua ini?
Cuba anda Tanya semua itu pada mereka2 yang berjaya dapat duit dari internet seperti Irfan Khairi, Ewen Chia, Gobala, Stuart Tan….
Pasti seperti ‘bullet train’ mereka2 akan menerangkan kepada anda satu persatu benda2 yg saya sebut tadi
Oleh itu jika anda tidak kenal semua benda itu, bagaimana nak cari duit di internet?
Ibarat anda tahu di laut banyak ikan tapi anda tidak pandai memancing ikan
Anda tidak tahu ilmu bisnes internet tapi anda nak cari duit di internet maka anda akan masuk perangkap program2 ‘scam’
Mereka dah sediakan ayat2 power sebagai umpan untuk anda ‘ngap’ dan kemudian anda kena ‘ngap’ semula…
Kesimpulannya,
Nak cari duit di internet kena ada ILMU
ILMU
ILMU
ILMU
Kena kenali internet betul2
Kena belajar betul2
Set masa untuk berjaya 3 bulan ke 1 tahun ke….
Belajar semampu boleh…
Jangan fikir nak cepat kaya sebab kalau ada program macam tu, gerenti takde orang nak kerja kilang lagi
Satu dunia join program tu, siapa tak mahu kaya cepat kan? Saya pun mahu kalau betul2 ada….
Masalahnya, tiada…tak wujud
Realitinya, nak berjaya, nak kaya kena ada ILMU
Lihat bisnesman2 yang berjaya di luar, yang pandu BMW
Mereka ini join program cepat kaya ke?
Atau mereka belajar & berusaha membina empayar perniagaan mereka sendiri?
Sekali lagi saya ingatkan, jika benar wujud program cepat kaya, 1 dunia akan sertai…sebab benda2 macam ini cepat tersebar….
Kesimpulan, ubah ‘MIND SET’ anda
Dari berfikir nak cepat kaya anda ubah kepada belajar ilmu cari duit yang betul walaupun ia memakan masa
Pokok tidak akan tumbuh sendiri jika tidak bermula dari benih
Semai benih dahulu kemudian kutip hasil
Nak cepat kaya akhirnya anda cepat ‘kayap’
Belajar dari mereka yang berpengalaman
Belajar dari mereka2 yang mempunyai reputasi besar seperti Irfan Khairi, Ewen Chia, Gobala Krishnan, Saifulsham,Stuart Tan dan lain2.
Lawati laman2 web mereka dan pelajari apa yang patut anda pelajari
Setkan 1 masa untuk diri anda
Contoh, letak 3 bulan untuk anda pelajari ilmu asas bisnes internet
6 bulan untuk ilmu yang lebih advance
Setiap kali anda pelajari sesuatu … cuba lakukan..lihat resultnya…jika gagal..cuba lagi…ubah apa yang patut ….
Lama2 tanpa anda sedari anda akan jadi HEBAT!!! di dalam bidang ini
Sebelum anda sertai sesuatu program, buat siasatan dan kajian terlebih dahulu
Siasat dari mana datangnya duit yang dijanjikan
Adakah benar wujud sumber duit tersebut terutama jika tiada melibatkan penjual & pembeli
Tiada aktiviti jual beli maknanya tidak wujud duit
Itu asasnya
Program yang melibatkan jual beli ialah seperti AFFILIATE & RESELLER
Ada produk untuk di jual
Jika ada pembeli maknanya berlaku pemindahan di antara produk dan duit
Wujud DUIT di situ
Jika program hantar email dapat duit, siapa yang bayar anda? Fikirkan
Saya berharap coretan yang pendek ini dapat membantu anda mengubah hala tuju anda di dunia internet ini jika anda tercari2 peluang menambahkan pendapatan anda.
SEKIAN. TERIMAKASIH.
P.S. Pakej Bimbingan Bersama Lisa - Rahsia Menguasai Commission Junction masih dibuka lagi.
P.S.S. Pakej ini terbuka untuk mereka yang mencari kerja sambilan di internet
Jika anda berminat untuk mempelajari cara menambahkan pendapatan melalu pusat pengurusan affiliate terkemuka di dunia iaitu Commission Junction, sila lawati laman web saya ini :
http://kit4u.net
Salam Ceria,
Lisa Hilmi
http://kit4u.net
email/YM : soal_lisa@yahoo.com